Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Friday, September 30, 2011

Mandi - manda di PD :))

Salam satu Malaysia korang,


Hari nie dengan kegilaan yang melampau kite gan syaidatul pegi mandi-manda kat PD.. yuhu.. benda nie sume  tak dirancang pon. Tadi tengahari kiteorang jalan2 kat Jusco, then pegi kat bahagian permainan budak2, ternampak lak mainan wat istana pasir kat situ, then tetibe tergerak aty tros bagitaw syai, 'wei,jom g PD nak?' syai dengan spontannye teros je bersetuju, Then dia suwo lah beli bende lah tu.. so, kite beli la.. ade diskaun 15% woo,, utk JCARD members, hehehe...

Dalam pukul 4:15pm kiteorang gerak.. Naik moto je.. rase nak tercabut jugak la pungkoq ni.. Perjalanan mengambil mase 1jam camtu kot.. Memula tu ingat nak lepak Teluk Kemang, tapi sayang, pantai dia kotor la.. Pastu kite pon gerak g pantai BLUE LAGOON.. HAh, baru cantik kat sini.. Kiteorang dapat naik banana boat and berkanu.. sume sekali RM15 je per orang.. Murah kan??

Pengalaman naik banana boat memang tak tahu r nak decribe camne.. Air masuk idong keluar ikut mulut wooo.. gile ahhh.. dah lah dalam kaki pulak tak sampai,, terkapai-kapai kelemasan tuh... even nak lemas tapi suke sangat naik banana tu.. i <3 u la.. hehehe..









 #berposing :)


 #posing lagi.. selepas lemas dek banana boat.


 #peace :)

#camwhore LOL




#cantik :)

#sepatutnya pic ni dulu LOL. eksaited nak mandi Heee..


#benda lah tu la yang bukak pintu ati kami nak pegi sini :) Thx benda alah :*


lepas nie nak pegi  mane lak yee syai??



Sudi-sudi lah LIKE yee :)

Tuesday, September 13, 2011

DAH LA CANTIK, BAIK HATI PULAK ;D

SALAM...


Hye korang. Kali ni kite nak bercerita pasal orang baik hati yang cantik :)
Perasan tak blog kite dah cantik? HEHE mesti korang tak perasan punye,, yela kite update entry pon jarang-jarang (",) *sudah gaharu cendana pula T_T*

Berbalik pada topik sebenar, kite nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kat kesayangan kite yang rajin mengedit belog kite jadi semakin cantik walaupon tak   superb macam belog korang :)

Kite bukan tak nak edit belog sendiri, tapi kite dah cuba sedaya upaya tapi still tak menjadi. Maybe tangan tak bedung kot mase kecik-kecik dulu.. Huhu.
Lau korang nak tahu servis edit belog yang kite dapat nie free of charge taw. Mereka tak berkira sungguh! Sayang kalian *dan dan je dah tolong terus jadi kesayangan HAHAHA* 


CREDIT TO :




KOrang, tengs sangat-sangat sebab tolong kite.. Sory kalau menyusahkan korang. Tanpa korang siapa la belog nie :P


P/S : sis intan & yun, kite amek pic awak berdua dr fb. jangan mara yee :D


P/s/s : sis intan nie ade menawarkan servis edit belog taw. try la usha kat sini tak pun email je      beliau kat intanurulfateha@gmail.com.


K bye (^_^)

Sudi-sudi lah LIKE yee :)

Sunday, September 11, 2011

MARIA ARAGON - (cover) BORN THIS WAY by LADA GAGA


 Ce tengok.. ce tengok... :)

p/s : baru 10 tahun kott si maria nie.. tapi berbakat habes! Gerek laaa ;D


Sudi-sudi lah LIKE yee :)

Thursday, September 1, 2011

BIAR MUKA TAK CANTIK,, JANGAN HATI BUSUK

SALAM...


Selamat hari raya maaf zahir dan batin korang :)


Pagi nie kite rasa nak mencarut sikit. Even bulan syawal ke ape ke, hati tengah panas memang tak kire hari la kan. Aduyai geram gile la hati nie. Adelah seorang hamba ALLAH boleh menghina sepupu kite @ best frend forever kite. HAishhh,, hati mane tak marah. Kenapa la lambat sangat informasi nie kite tahu, kalau tidak habis la kau dek non aku kejekan.


   Kau ingat kau dah gud-gud sangat ke hah? Aku pantang betul la kalau  diri tu tak sempurna tapi nak kutuk-kutuk orang. Kalau kau cantik, sempurna sangat macam bidadari aku boleh excuse lagi babe kau nak kutuk sepupu aku. Nie tak, dah la GE**K, HI**M, BON*** BES** macam big mama, selekeh, mulut busuk, hati lagi macam bangkai, ade hati nak kutuk sepupu aku tu.. Wei,, kau dengan dia 1000x lawa dia dari kau tawu. Kalau mintak orang vote pon memang sah-sah dia akan menang tanpa bertanding kau tawu tak?? memang tak kan ade orang nak vote kau kecuali beberapa orang KIPAS-SUSAH-MATI kau je yang vote...LOL... Memang la dia tak sempurna, tapi kau sedar tak kau lagi tak sempurna? Dia tak pernah kacau hidup kau, usik bijik KELENT** kau pon tak pernah.. Asal kau nak up kan pasal die hah? Kalau die sombong pon, suke hati die la.. abes kau tak cermin pulak muke kau macam mane? Macam tenuk je mencuka memanjang lagi cam SIA* Kau ni harap je pakai tudung bagai tapi perangai cam gamp*** (mereka yang pakai tudung jangan terasa yee,, kecuali orang yang makan cili jep) 


dek non *tapi korang bayangkan si dek non ni pakai tudung, badan ala-ala BIG MAMA dan muncung panjang sedepa. Tadi dah google takde la muke macam dek non sebenar :))


sepupu kite {bukan gambar sebenar} * tapi muke die ala-ala macam nie sikit la. Dek non, jangan jeles nyeee HAHAHA




   HEIII, siot la kau nie dek non, kan dah buat aku kutuk orang.. Aku bukan nak pasan diri aku gud-gud, tapi nie aku kutuk kau dek non sebab aku dah geram sangat. Cam Si** la perangai kau. Aku tengok keluarga kau bukan main  baik-baik semua, tapi kau dek non? Alahai, malu la sikit wehhh... Sadis sehh rase hati aku lau aku nie sedare kau,, Terus tak mengaku kott kau sedare aku.. Sumpah babe.. Kau nie nie memang merendahkan taraf keluarga kau... Kesian dowh sape ade anak macam kau nie. Serba serbi macam taik ~muntah hijau~


   Kalau la aku tawu bende ni awal, aku takkan bagi kau bernafas dek non... Aku akan bagi kau kata-kata nista yang paling hebat sekali dalam dunia yang takkan kau dek non lupe sampai bile-bile... HAHAHA... Itu lah kelebihan aku dek non,, nak jadi perang teluk ke, perang dunia ketiga ke,, ADE AKU KESAH??? Lantak pi la dek non oiiiii,,,,, yang penting hati puas, jiwa bebas, Nice ahhh (copy trademark somebody :P )


   Even memang bukan kite yang kena hina, tapi hati kite tetap panas hati taw korang :( Yela, sedap-sedap je kutuk sepupu kite, dah la sepupu kite tu anak yatim paitu, ALLAH akan balas cash punye lah kelancangan mulut kau dek non... Terbukti, memang terjadi. Kau dah dapat pon balasan kan?? kan? Adekah kau dah insaf atau kau rase semua tu kebetulan? Silap lah pertimbangan kau dek non, itu semua adelah balasan kau terhadap anak yatim piatu di bulan ramadhan yang mulia. Kau paham? Kau bukak mate kau luas-luas.. kau renungkan diri kau dan muhasabah diri kau okey :) Aku memang tak sebaik kau, tapi aku tak nak jadi macam kau, SERIUS!
   
      Okey la korang, harap korang tak emosi dengan entry emosi kite nie. Ingat tau, setiap perbuatan orang yang teraniaya ALLAH s.w.t akan bayar cash! So, renung-renungkan dan selamat beraya :)




                          SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN DARI KAMI :)




sudi-sudi lah menyapa yaa...

Saturday, August 6, 2011

SALAM RAMADHAN :)

RENUNGKANLAH....


(Sebelum baca ikat Jantung anda kemas2)



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar)
yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat
yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan
akhirnya nyawanya sendiri.



✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah
kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan
keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan
kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup,
tidak mati.



✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi
putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit
atau bulat seperti bumi.



✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang
berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang
kembang membesar dari biji benih.



✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka
tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang
tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.



✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau
manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka
menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang
amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan
lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib
mereka.



✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya,
lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat
dahsyat.



✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah
malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat
saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga
dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama
berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya
seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka
rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.
Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan
mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak
akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu
bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih
putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang
mengalir dari syurga.



✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang
mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata
"Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.



✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak
tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara
"pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.
Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha
mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan
dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab
seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa
antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.



✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu
diperkenankan doa baginda.



✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati
semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit,
turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar
(besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang
amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.



✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang
mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar
dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik
yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang
menghijab cahayanya yang sangat kuat.



✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4
orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama
cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak
dihadapan istana.



✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan
amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah
Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga
mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat
Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.



✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang
kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada
tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang
pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan
adalah perkara pertumpahan darah.



✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan
mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan
kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.



✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.
Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun
yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.



✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk
menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh
amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.



✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki
akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh
Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.



✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk
menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh
makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.



✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)



✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk
memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap
seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.



✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi
jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang
dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah
tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan
dan dimudahkan menyeberanginya.



✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000
tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang
melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan
berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa
menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang
lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya
melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.





☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam
itu, hanya 3 perkara yang aitu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :





① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada seluruh hamba ALLAH S.W.T.




p/s : sila copy & paste yee.. untuk dikongsi bersama :)) TQ. 




sudi-sudi lah menyapa yaa...

Wednesday, June 8, 2011

CIKGU SHIDA ~miming~

  JOM FOLLOW blog cikgu shida :). Bertuahnye badannnn.. Buat miming pun boleh jadi terkenal..
Untung lah.. 31mei aritu  buat blog dah ade beriban follower.. Gila ahh...

Teringin nak jadi macam cikgu shida, tapi nak buat ape pulak ye?? Urmm,,,.,


http://cikshidadariparitmimingartvideos.blogspot.com/



sudi-sudi lah menyapa yaa...

Entry boring untuk korang!

Hai. Salam 1Malaysia.

 Korang terasa tak bahang kehangatan pasal video MARILAH MENARI by Prema yin tu? Aku blogwalking pasti adew cerita pasal ni. Hmm,, bukan nak komen pape cume just nak share pendapat aku lah pasal video tuh. Kesian Gambit kan.hehe. Sebab dia directornye jadi dia disalahkan. Ala, tak payah nak heran kot si Abg Asmara tu raba-raba si penyanyi tuh. Yela, sebab tu kan berlakon je. Bukan ke drama2 n filem2 kat Mesia nie memang ade scene yang raba2,separuh bogel n etcetc. Tak jadi isu kot. Takkan pasal video lagu tu dah jadi isu.





Bukan aku menyokong ke ape. Tapi tu hak masing2 la. Nak tegur pun kene ade cara kot. Jangan main hembus je. Ok lah. Nie bebrapa entry yana aku bace pasal Video tu. Aku suka pendapat dorang nie. Lagi2 pandangan FL. Si Gambit lagi satu, nie dah tahu buat salah jangan la maki2 orang ye tak? Macam-macam jela dunia sekarang nih..


http://cikepal06.blogspot.com/2011/06/bila-gambit-saifullah-maki-bloggers.html
http://www.tintapenaku.com/2011/06/jadi-otai-blogger-tak-bermakna-maksum.html
http://honeykoyuki.blogspot.com/2011/06/macam-macam-hal.htm

sudi-sudi lah menyapa yaa..

Saturday, May 21, 2011

KISAH HATI by ALYAH



Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya



Meh la layan perasaan.. pagi-pagi subuh nie mate tak nak lelap plak. kenape tah. Dah la pagi esok nak pergi latihan askar, Hmmm... tidur lah wahai mata :(


sudi-sudi lah menyapa yaa...


Wednesday, May 4, 2011

MARI MERIANGKAN KAN HATI DENGAN LAGU BEST



psstt : semak weyh idop aku sakarang. terase seperti di neraka. tak terase nikmat dunia. T_T




sudi-sudi lah menyapa yaa...


CIK EPAL si femes OOOWWhhh :)

SALAM...

belog ini lame tidak berupdate, ini kerana ( ayat amek spm dolu2 ^-^ ) saya dah tidak ada jiwa berbelong sejak hati ini dilukai cehh,,cehh,,cehh. mengikut nafsu amarah kerana tak suke dengan orang yang tiru ape yang saya buat. hihi. Serius dowh, hati cepat tersentuh dengan makhluk tuhan nie, bukan apa, sejak dari azali  kenal dia lagi memang tak suke kalau dia yang tiru. Orang lain takpe kehkeh.. :) Sory awak..

TAPI...

kini saya akan membuang sifat amarah yang merugikan diri sendiri itu kerana idola saya telah mengomen di entry berhabuk saya kat sini. yepii.. hepy tak terkira kot.. padahal idola dah komen berapa lama, sebab baru bukak belog sendiri hari ni jadi baru tahu T_T kesian kan saya?

OKEY.. (serius)

mulai hari ini akan berjanji untuk mengupdate belog dan menjadi seorang blogger untuk mengaut keuntungan! yeah! (tanam semangat dalam2 T_T) dan thanks a lot lot lot10 kepada mereka-mereka yang sudi follow (baru 5 follower kot T_T) n meninggalkan jejak di  belog ni walaupun entry dah kepam giler. u guys great laa.. :) sayang korang lebih hihi :D

mereka ialah :

5) bulan

pstt : tajuk saje letak nama orang pemes biar cepat kena tempias, jadi cepat pemes.. kehkeh :)