Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Monday, June 4, 2012

Coretan Hati ;(

Jiwaku gelora sekali, setiap titis airmata ku bazirkan di pipi, sesungguhnya sukar ku gambarkan perasaan ini, andai kata ku punya mesin masa mahu ku putar tukar bukan seperti sekarang ini, aku tidak mahu begini, sesekali tidak ku mahu. INI.


Janji ku pada diriku dulu hanya palsu. ku hampakan diri ku demi yang belum  tentu. adakah ini takdir yang patut ku tempuh, seperti samar samarnya masa depan ku yang kian rapuh.

Ku terasa seperti hati dan jantung ku di hiris hiris dan di renyuk renyuk oleh seorang hamba MU ini, sudah berkali ku meluahkan apa yang tersirat di hati, apa kan daya luahan ku sukar untuk dia fahami, acap kali aku mengalah demi maruah diri, tapi dia masih tidak juga mengerti.

Duhai tuhanKU, bukan ku ingin merintih atau merayu, sememangnya ku tahu ini balasan ku, yang patut ku terima atas kekhilafan ku, dan juga kerna sudah sekian lama nya ku tidak bersamaMU, tetapi berilah ku peluang menebus kesilapan lalu, sesungguhnya aku manusia alpa yang seringkali  lalai dalam dunia indah ciptaan kau yang SATU.

 Aku amat bersyukur kerna masih mampu bernafas di alam yang fana ini, menghirup udara MU yang tidak ku bayar lagi, dengan melakukan suruhan yang telah KAU amanatkan kepada sekalian kami.


~akuyangbersedih~